Cara Semak Pemanggil Tidak Dikenali di Malaysia
Kes scam di Malaysia bukan perkara kecil. Mengikut laporan PDRM (Bukit Aman), sebanyak 34,497 kes scam direkodkan pada 2023 dengan kerugian mencecah RM1.218 bilion. Menerima panggilan daripada nombor tidak dikenali adalah perkara biasa, tapi sebelum menjawab atau membuat panggilan balik, elok anda semak dahulu nombor tersebut. Berikut adalah panduan lengkap untuk menyemak pemanggil tidak dikenali.
Cara Semak Pemanggil Tidak Dikenali
- Catat nombor telefon yang menghubungi anda.
- Masukkan nombor tersebut di Busuk.my untuk semakan pantas.
- Semak sama ada nombor tersebut sepadan dengan mana-mana nombor rasmi di direktori kami.
- Gunakan aplikasi pengenalan pemanggil sebagai rujukan tambahan.
- Jika nombor tidak ditemui di mana-mana pangkalan data, berhati-hati sebelum membuat panggilan balik.
Alat yang Boleh Digunakan
- Busuk.my - Semak nombor tepat dan baca bukti awam yang tersedia bersama batas semakannya.
- SEMAKMULE PDRM - Sistem semakan rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) PDRM, khusus untuk nombor telefon dan akaun bank yang sudah masuk rekod siasatan jenayah komersil. Data ini terus daripada laporan polis, bukan crowdsource macam Truecaller atau Whoscall - itu sebabnya ia jadi rujukan paling dipercayai.
- Truecaller - Aplikasi pengenalan pemanggil dengan pangkalan data global (>400 juta pengguna), memaparkan nama pemilik dan bilangan laporan spam. Kelemahan: data bergantung kepada pengguna, tidak selalu tepat.
- Whoscall - Aplikasi caller ID popular di Asia dan ada perkongsian rasmi dengan SEMAKMULE CCID PDRM, jadi laporan polis disepadukan terus ke dalam aplikasinya. Ini kelebihan Whoscall berbanding Truecaller yang murni bergantung kepada laporan pengguna sahaja.
- Carian Google - Cari nombor telefon di Google (contoh: "0123456789 scammer") untuk melihat pengalaman pengguna lain.
- Direktori Nombor Rasmi - Semak senarai nombor rasmi bank, kerajaan, dan telco di Busuk.my.
Nombor Rasmi Bank Malaysia
Jika anda menerima panggilan daripada seseorang mendakwa dari bank, sahkan dengan menghubungi nombor rasmi berikut, bukan nombor yang diberikan oleh pemanggil:
| Bank | Nombor Rasmi |
|---|---|
| Maybank | 1-300-88-6688 |
| CIMB | 03-6204 7788 |
| Public Bank | 03-2170 8000 |
| RHB | 03-9206 8118 |
| Hong Leong Bank | 03-7626 8899 |
| Bank Islam | 03-2690 0900 |
| HSBC | 03-8321 5400 |
Tanda-tanda Anda Sedang Ditipu
- Desakan Segera: Kalau pemanggil mendesak anda buat keputusan serta-merta dalam keadaan cemas (contoh ayat: "akaun anda akan dibekukan dalam masa sejam"), itu tanda amaran besar. Ini taktik biasa dalam Macau Scam - pemanggil menyamar sebagai pegawai polis atau kerajaan.
- Minta Maklumat Rahsia: Kod PIN, TAC dan OTP adalah rahsia peribadi anda sepenuhnya - institusi kewangan sebenar tidak pernah perlukannya untuk apa-apa urusan melalui panggilan telefon. Kalau ada yang tanya, letak terus.
- Tawaran Terlalu Bagus: Pulangan pelaburan tinggi dalam masa singkat biasanya money game atau skim Ponzi.
- Akaun Peribadi: Perniagaan online yang sah selalunya guna akaun syarikat berdaftar SSM untuk terima bayaran, bukan akaun bank peribadi seseorang.
Langkah Berjaga-jaga
- Jangan jawab panggilan daripada nombor antarabangsa yang tidak dijangka.
- Jika anda menjawab dan pemanggil meminta maklumat peribadi, putuskan panggilan segera.
- Jangan buat panggilan balik ke nombor yang tidak dikenali tanpa menyemak terlebih dahulu.
- Elakkan klik sebarang pautan dalam SMS atau emel yang nampak pelik atau tidak dijangka.
- Block nombor tersebut selepas anda pasti ia mencurigakan, supaya ia tidak menghubungi anda lagi.
- Laporkan nombor mencurigakan di Busuk.my untuk membantu pengguna lain.
Cara Laporkan Nombor Scammer
- Laporan Polis: Pergi ke balai polis yang paling dekat dengan anda. Bawa sekali rekod panggilan/mesej dan bukti pindahan wang (kalau ada). Lihat panduan penuh cara lapor scammer untuk langkah lengkap.
- MCMC: Nombor spam, panggilan mengganggu atau isu telco lain, adu terus di aduan.skmm.gov.my. Untuk operator tertentu, rujuk cara buat aduan telco.
- Bank Negara Malaysia (BNM): Kalau aduan anda melibatkan penipuan kewangan atau institusi perbankan, hubungi BNMTELELINK di 1-300-88-5465, atau rujuk bnm.gov.my.
- NSRC 997: Pusat Respons Scam Kebangsaan. Kalau transaksi baru sahaja berlaku, hubungi segera - dalam 24 jam pertama peluang untuk sekat aliran wang tu paling tinggi.
- Busuk.my: Bantu pengguna lain dengan berkongsi maklumat nombor yang menghubungi anda.
Soalan Lazim
Adakah SEMAKMULE 100% tepat?
Tidak. Carian SEMAKMULE cuma memaparkan nombor yang sudah masuk rekod siasatan PDRM. Kalau scammer guna nombor baru yang belum pernah dilaporkan sesiapa, carian anda takkan jumpa apa-apa - itu bukan bermakna nombor tersebut selamat.
Apa patut buat kalau sudah jadi mangsa scam?
Hubungi bank untuk bekukan akaun, buat laporan polis segera (24 jam pertama kritikal), dan hubungi NSRC di talian 997 jika transaksi baru berlaku.
Bolehkah semak nombor antarabangsa atau nombor luar negara di SEMAKMULE?
Boleh, SEMAKMULE menerima carian untuk nombor telefon tempatan dan antarabangsa. Tapi sama seperti nombor tempatan, ia hanya menunjukkan hasil jika nombor itu pernah dilaporkan dalam kes jenayah komersil kepada PDRM.
Apa beza laporan ke PDRM, MCMC dan BNM?
PDRM (melalui SEMAKMULE atau balai polis) uruskan siasatan jenayah dan laporan polis rasmi. MCMC pula untuk aduan komunikasi dan telekomunikasi, contoh SMS spam atau nombor telco. BNM untuk aduan penipuan kewangan dan institusi perbankan. Kalau kes anda melibatkan kehilangan wang, hubungi bank dan NSRC 997 dahulu sebelum yang lain.